MuTiaRa iNsYiRaH

MuTiaRa iNsYiRaH

09 November 2010

Apa Itu Solat Dhuha???

Solat Dhuha ?


Adalah solat sunah yang dilakukan setelah terbit matahari sampai menjelang masuk waktu untuk melakukan solat zuhur. 

Adapun hukum dari solat dhuha adalah muakkad (yang ditekankan). Solat dhuha biasanya dilakukan sebanyak 2 rakaat, namun boleh juga dilakukan 2 rakaat lagi, 2 rakaat lagi dan 2 rakaat lagi, hingga berjumlah 8 rakaat. 

Solat Dhuha selalu dilaksanakan Rasulallah selama hidupnya. 

"Telah berkata Abu Hurairah : Kekasih saya (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat tiga perkara kepada saya, iaitu : Puasa tiga hari tiap-tiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat, sembahyang witir sebelum tidur" (HR. Bukhari Muslim)

Sedangkan surah yang disunahkan untuk di baca adalah surah Al-Dhuha, al-Syams. Namun apabila tidak hafal dengan surah itu bisa digantikan dengan surah al Kafirun dan al-Ikhlas atau surah yang lainnya. 

Mengapa surah al-Ikhlas ? 

Kerana dengan membaca surah al-Ikhlas setara dengan membaca sepertiga Al-Quran dan dengan membaca surah Al -Kafirun setara dengan membaca seperempat al-Quran.

Solat Dhuha merupakan keistimewaan yang luar biasa, sebab manusia akan merasa berat bahkan akan merasakan terlalu berat, kerana disaat-saat yang genting untuk pergi bekerja, apabila sedang bekerja akan memerlukan sedikit waktu melaksanakannya. 

Mengapa berat ? 

Kerana belum terbiasa dan belum tahu keistimewaannya. Jadikan kebiasan maka tidak akan merasakan berat, jadikan itu kebpentingan, kerana kalau kebupentingan belum tercapai kita kan merasa selalu ada yang kurang.

Keutamaan solat dhuha dalam pahalanya memadai untuk mensucikan seluruh anggota tubuh (setiap sendi) yang ada padanya ada hak untuk dikeluarkan shadaqahnya. 

Pada tiap-tiap persendian itu ada shodaqahnya, setiap tasbih (subhanallah/maha suci Allah) adalah shadaqah, setiap tahmid (Alhamdulillah/segala puji bagi Allah) adalah shadaqah, setiap tahlil (laa ilaha illallahu/tiada Tuhan selain Allah) adalah shadaqah, setiap takbir (Allahu Akbar/Allah Maha Besar) adalah shadaqah dan setiap amal ma'ruf nahyil munkar itu juga shadaqah.

Keistimewaan lain Allah bakal menjamin dan mencukupkan segalanya dalam limpahan barakah sepanjang hari itu, sehingga batinpun akan merasa damai, walaupun tentangan hidup di hadapannya, kerana ia telah sedar semua itu adalah ketetapan Allah.

Pada doa setelah solat Dhuha, nada-nada yang kita ucapkan seolah-olah memaksa untuk diperkenankan oleh Allah sebagaimana telah diajarkan oleh Rasulallah Muhammad SAW :

Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu adalah waktu dhuha (milik)-Mu, kecantikan ialah kecantikan (milik)-Mu, keindahan itu keindahan (milik)-Mu, kekuatan itu kekuatan (milik)-Mu, kekuasaan itu kekuasaan (milik)-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. 


Ya Allah, jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah, dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. 

Itulah keistimewaan solat Dhuha, didunia memberikan keberkatan hidup kepada pelakunya, diakhiratpun/di hari kiamat orang itu dipanggil Tuhan untuk dimasukkan ke dalam syurga, sebagaimana sabda Nya di dalam hadis Qudsi:

"Sesungguhnya di dalam syurga, ada pintu yang dinamakan pintu Dhuha, maka ketika datang hari kiamat memanggillah (yang memanggil Allah), dimanakah orang yang selalu mengerjakan sembahyang atas Ku dengan sembahyang Dhuha ? Inilah pintu kamu, maka masuklah kamu ke dalam surga dengan rahmat Allah". (Riwayat Thabrani dari Abu Hurairah).

Dengan demikian dari sekarang solat dhuha jangan sampai terlambat, mudah-mudahan bermanfaat. Amin. 

 "Jikalau raga diciptakan untuk menyongsong kematian, maka kematian di ujung pedang di jalan Allah jauh lebih baik dan mulia ketimbang mati di atas ranjang."  (Al-Husain bin Ali bin Abi Thalib as) 

p/s : Jom amalkan...wink2...weeeeeee.. =)



No comments:

Post a Comment