MuTiaRa iNsYiRaH

MuTiaRa iNsYiRaH

02 July 2011

BuLaN SyaBaN PeNgGanTi BuLaN ReJaB...





Saya tertarik dengan topik yang cuba disampaikan oleh khatib khutbah semasa solat jumaat siang tadi. Di dalam khutbah itu dia ada menyebut “Jangan terlalu taksub dengan malam Nisfu Syaaban“!. Begitu keras bunyinya…terkejut juga saya. :)
Kali ini saya ingin berkongsi kesilapan-kesilapan yang orang kita sering lakukan ketika tibanya Nisfu Syaaban.

BERKENAAN BULAN SYAABAN

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.
Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.
Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.
Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.
Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

ANTARA NISFU SYAABAN DAN LAILATUL QADR

Jika kita lihat di Malaysia ramai orang-orang Melayu kita berebut-rebut memenuhi masjid dan surau semata-mata untuk merebut fadhilat malam Nisfu Syaaban. Sememangnya terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Tetapi kebanyakan daripada hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi S.A.W.
Dalam masa yang sama berapa kerat sangatkah daripada kita yang berebut-rebut untuk mencari malam Lailatul Qadr. Sedangkan dalil berkenaan kelebihan malam Lailatul Qadr sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan juga disebut di dalam hadis-hadis yang soheh.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban
Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :
Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara.
Saya perhatikan ada disesetengah tempat pada malam Nisfu Syaaban, mereka membaca Surah Yasin dengan begitu pantas sehingga mengabaikan hukum-hukum tajwid. Ini berlaku semata-mata ingin mengejar bilangan 3 kali bacaan.  Sebetulnya kita perlu membaca al-Quraan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Jadi manakah pilihan terbaik;  membaca Yasin 1 kali dengan bertajwid, ataupun membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan mengabaikan tajwid?
Allah Taala berfirman di dalam Al-Quraan :
“Dan bacalah Al-Quran dengan penuh tartil (bertajwid)”. (QS 73 : 4)
Manakala hukum mempelajari ilmu tajwid adalah Fardhu Kifayah dimana jika ianya dipelajari oleh seorang maka semua tidak berdosa. Hukum membaca al-Quraan dengan bertajwid pula adalahFardhu ‘Ain ke atas semua orang islam.
Doa antara bacaan Yasin malam Nisfu Syaabaan
Sepertimana yang biasa diamalkan oleh penduduk tempatan:
Doa pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Doa pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Doa pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah S.W.T pada malam Nisfu Syaaban untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tidak hanya tertakluk pada tiga doa di atas sahaja. Apa-apa sahaja doa untuk kebaikan sepertimana firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:
Firman Allah di dalam al-Quran:
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Surah al-Mu’min, 40: 60)
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)
Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
P/S: Betulkan saya jika terdapat kekhilafan ;)

KESIMPULAN

1- Fadilat Nisfu Sya’ban ada diriwayatkan dalam hadis yang hasan dan juga kebanyakannya daif tetapi berdasarkan kepada Mustolah Hadis, ia boleh dijadikan sandaran sebagai fadilat.
2- Dinaqalkan dari al-Qastalani rhm bahawa sebahagian besar fuqaha’ menyatakan sambutan nisfu sya’ban dengan berkumpul dan beribadah di masjid serta qiyam di malamnya bukan bid’ah.
3- Ada fuqaha’ yang menyatakan makruh berkumpul di masjid bagi menyambut nisfu sya’ban dengan bersolat, ceramah dan berdoa tetapi tidak makruh kalau buat secara persendirian di masjid, sebahagian lagi menyatakan mustahab.
Maka Syeikh ‘Atiyyah Saqar menyarankan agar jangan taksub kepada mana-mana pendapat kerana ia masalah khilafiah sahaja.
4- Saudara/i pembaca perlu faham betul-betul point apa yang saya hendak tekankan di sini:
i) Saya tidak kata perbuatan membaca Yasin pada malam Nisfu Syaaban itu sesuatu yang salah. Namun jika sebahagian masyarakat mengkhususkannya pada hari-hari tertentu dan masa-masa tertentu untuk membaca yasin atau memenuhkan surau/masjid; contohnya hanya pada malam Nisfu Syaaban SAHAJA itu yang dikategorikan sebagai bid’ah. Sedangkan pada malam-malam lain al-Quran tidak dibaca dan surau/masjid dibiarkan kosong.
ii) Hendak baca Yasin 1 kali atau 3 kali ataupun lebih, itu  tidak menjadi masalah. Tetapi hendaklah dibaca dengan bertajwid.

WuJuDkaH CoUpLe isLaMik???

Gambar Hiasan 

Gambar Hiasan

 Gambar Hiasan

Gambar Hiasan 

Gambar Hiasan


Hari ini macam-macam istilah direka untuk memperlihatkan kepada remaja tentang keislamikkan cinta. Ayat-ayat Cinta, Mihrab Cinta, Tasbih Cinta, Syurga Cinta, Sujud Cinta, Istikharah Cinta, Bunga Cinta…bla, bla, bla. Semuanya didatangkan eksklusif kepada remaja Islam yang sedang tercari-cari cinta.

Apalagi ya istilah cinta yang tak dipopularkan? Kalau ambil bahagian masjid, mihrab cinta dah ada, yang belum ada mungkin menara cinta dengan kubah cinta. Kalau syurga cinta dah dipopularkan, neraka cinta takder dengar lagi. Hal ini walaupun bertujuan untuk mengislamikkan cinta tapi dalam masa yang sama menunjukkan betapa kroniknya masalah cinta di kalangan remaja.
 
Apabila masalahnya kronik, ada pihak yang begitu anti dengan soal cinta, sehingga mengharamkan semua perkara yang melibatkan cinta. Semuanya itu zina kata mereka. Di pihak yang lain pula, ada yang begitu meringan-ringankan soal cinta dan membiarkan remaja terbabas dalam perangkap cinta.
 
Kemunculan salah satu pihak ini adalah reaksi kepada pihak satu lagi. Apabila ada pihak yang terlampau meremehkan soal ini, maka muncullah pihak yang memayahkan, dalam masa yang sama apabila muncul pihak yang memayahkan maka muncul pula pihak yang meremehkan.
 
Bak kata Imam Syatibi: “Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat maka engkau akan dapati syariat itu cenderung kepada pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan dengan lawannya daripada sisi lain.  

Sisi memayahkan (kebanyakannya pada menakutkan, menggerunkan, melarang) didatangkan bagi berdepan dengan mereka yang cenderung mempermudahkan agama.  

Sisi memudahkan (kebanyakannya pada pengharapan, galakan, dan rukhsah kemudahan) didatangkan bagi mereka yang cenderung memayahkan agama.

Kalau tiada masalah pada kedua-duanya maka aku melihat pertengahan itu lebih utama, dan jalan kesederhanaan itu jelas, dan itulah kaedah asal yang menjadi rujukan dan pusat yang menjadi tempat pergantungan”. (Rujuk Kitab Al-Muwafaqat oleh Imam Syatibi, jilid 2 , m/s 286, cetakan Dar Ibni Affan)

ZINA HATI

Dalam artikel-artikel tulisan saya yang lepas, saya cuba menjelaskan maksud zina hati yang telah disalah faham oleh kebanyakan kita di forum-forum dan laman-laman islamik.
 
Saya sendiri jarang membuka laman-laman bercirikan islamik ini kerana lebih cenderung membaca laman-laman berita dan politik. Namun pada suatu hari, terbuka juga sebuah laman dan terlihat forum tentang zina hati yang menjadi tumpuan ramai.
 
Membelek-belek pandangan forumer di laman tersebut membuatkan saya geleng kepala dan berkata dalam hati: Apasal teruk sangat fahaman mereka tentang zina hati ni?
 
Bukan tak biasa mendengar tentang zina hati, ketika saya di sekolah menengah dulu pun pernah mendengar tentangnya. Namun oleh sebab saya bersekolah di sekolah yang dihuni oleh pelajar lelaki sahaja maka isu-isu seperti ini tidak menjadi keutamaan buat pelajar-pelajar di sana.
 
Dahlah sekolah satu jantina sahaja, duduk pulak kat asrama, alamatnya takderlah kecoh bab zina-zina semua tu. Namun, akibat terkejut dengan pelbagai pandangan yang disebut dan persoalan yang ditanya oleh forumer di laman islamik tersebut membuatkan saya merasa terpanggil untuk member penjelasan.
 
Bayangkan sahaja komen-komen yang entah di mana asas ilmunya berhamburan di laman tersebut:

Ada yang tak semena-mena membuat konklusi bahawa “Ingat kepada bukan mahram itu adalah zina hati”. (Geleng kepala saya).
 
Ada pula yang bertanya: Kalau saya mimpi dan terjumpa seorang yang bukan mahram dalam mimpi. Kemudian teringatkan dia bila bangun, adakah itu zina hati? (Tepuk dahi saya mendengar soalan macam tu).
 
Ada pula yang mereka-reka keadaan, katanya: “Kalau saya bercinta, tapi saya taklah selalu ingat dan tak rindu pun kepada si dia, adakah itu juga zina hati??? (Bercinta tapi tak ingat dan tak rindu, are you kidding me!!!)
 
Betapa teruknya fahaman tentang zina hati. Siapalah agaknya ustaz yang telah berdosa menabur fahaman yang menyeleweng ke dalam minda mereka.
 
Zina hati adalah hati yang memikirkan dan menginginkan kepada perbuatan zina.  Itulah zina hati. Soal zina hati ni bukan berkaitan dengan soal mahram atau bukan mahram. Ia soal syahwat atau bukan syahwat.
 
Kalau ada seorang ayah yang berfikiran kotor mahu berzina atau merogol anaknya sendiri maka si ayah itu telah berzina hati.
 
Kalau ada seorang abang yang melihat adik perempuannya sendiri dengan penuh bernafsu, maka si abang tersebut telah berzina mata walau dengan adiknya sendiri.
 
Itulah zina yang dipanggil sebagai zina kecil. Bukannya semata-mata teringat kepada perempuan terus dikata zina hati, semata-mata terlihat perempuan terus dikatakan zina mata. Amboi, mudahnya melabel…


COUPLE ISLAMIK

Saya juga telah menyebut dalam artikel yang lepas bahawa memiliki dan berkongsi perasaan cinta dalam hati itu bukanlah suatu dosa, dan bukanlah zina hati.
 
Apa yang menjadi dosa adalah tindakan yang dilakukan oleh manusia tersebut dalam mempamerkan cintanya, adakah menepati syariat atau tidak.
 
Siapa pun tidak nafikan, andainya pasangan itu keluar berdua-duaan maka hukumnya menjadi haram. Bukan cinta dalam hati itu haram tetapi perbuatan keluar berdua-duaan itulah yang haram. Begitu juga halnya dengan berpegangan tangan, bersentuhan, dan sebagainya daripada perkara-perkara yang dilarang dalam agama.
 
Namun timbul persoalan, bagaimana pula dengan couple yang diistilahkan sebagai couple islamik? Sebuah couple di mana mereka berdating secara yang dibenarkan syarak iaitu dengan kehadiran orang ketiga, mereka tidak berpegangan tangan dan mereka menjaga batas-batas yang diletakkan oleh syarak. 

Apakah hukumnya? Adakah hukumnya juga haram?
Berdua-duaan itu jelas diharamkan, tapi kalau bertiga adakah haram juga?
Berpegangan tangan tu dah memang jelas haram, tapi kalau tak berpegangan tangan, haram jugak ke?
Mendedahkan aurat tu jelas dah haram, tapi kalau tak dedahkan aurat dan menjaga batas, adakah haram juga?
 
Kalau anda bertanya hukum kepada couple yang tidak berdua-duaan, tidak berpegangan tangan dan tidak mendedahkan aurat serta menjaga batas maka tentunya couple sebegitu tiada asas untuk diharamkan.
 
Nak diharamkan sebab apa? Semua perkara-perkara haram tadi dah dibersihkan dan langkah keselamatan yang digariskan oleh syarak telah dipatuhi.
 
Justeru, hukum yang paling sesuai yang boleh diletakkan adalah harus. Wajib pun tidak, sunat pun tidak, haram pun tidak, makruh pun tidak, jawabnya haruslah. Paling jauh pun, boleh dikategorikan sebagai khilaful aula (menyalahi keutamaan).


KHILAFUL AULA (MENYALAHI KEUTAMAAN)

Apakah yang dimaksudkan sebagai khilaful Aula?
 
Khilaful Aula adalah meninggalkan perkara yang melakukannya lebih baik atau melakukan perkara yang meninggalkannya lebih baik walaupun tiada sebarang larangan terhadapnya. (At-Tahbir 3/1009, Sharhul Kaukabil Munir 1/420). Dalam takrifan arabnya berbunyi:

ترك ما فعله راجح أو فعل ما تركه راجح ولو لم يكن منهيا عنه

Ada perkara dalam agama yang tidak dapat kita letakkan hukum haram atau makruh padanya, tetapi sekadar berkata itu menyalahi keutamaan.
Sebagai contoh:
Solat di luar waktu hukumnya haram.
Solat di hujung waktu hukumnya makruh.
Solat di pertengahan waktu??? Boleh dan diharuskan tetapi khilaful aula atau menyalahi keutamaan kerana keutamaan adalah solat di awal waktu.
 
Contoh-contoh lain:
1) Apa hukumnya bercakap ketika berwudhuk atau mandi wajib?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya tak pelulah bercakap.
2) Apa hukumnya solat tanpa azan atau iqamat?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya azan atau iqamat terlebih dahulu.
3) Apa hukumnya mewariskan harta kepada anak sebelum meninggal?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya diwariskan selepas mati.
4) Apa hukumnya solat sunat 4 rakaat tanpa salam pada setiap dua rakaat?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya member salam setiap dua rakaat.
5) Apa hukumnya seorang suami mencium isterinya pada siang hari bulan puasa?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya tak perlulah bercium.
6) Apa hukumnya membaringkan jenazah mengadap qiblat tapi atas lambung kiri?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya dibaringkan atas lambung kanan.
7) Apa hukumnya bercakap ketika tawaf?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya banyakkan berzikir
8) Apa hukum seseorang yang banyak mendengar muzik?
 
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya seorang muslim itu mambanyakkan membaca Al-Qur’an dan berzikir.
 
Begitulah juga halnya apabila anda bertanya hukum bercouple yang terjaga batas-batasnya, saya tidak dapat mengatakan hal itu haram, tidak dapat juga mengatakannya makruh, jawapan yang dapat saya berikan adalah hukumnya harus tapi khilaful aula atau menyalahi keutamaan.
 
Maknanya kalau dapat elakkan, elakkanlah daripada bercouple walaupun couple anda tu islamik sekalipun.. Tapi kalau dah tercouple tu pandai-pandailah jaga batas. Apapun, keutamaan anda sebagai mahasiswa bukan pada bercouple.

PATUT ATAU TIDAK?

Daripada anda bertanya “apakah hukum bercouple dalam Islam”, saya rasa soalan yang lebih sesuai ditanya dan lebih membuatkan kita berfikir adalah “Patut atau tidak anda bercouple walaupun couple itu islamik?. Apa perlunya anda bercouple? Apa kesudahan daripada bercouple itu?
 
Untuk menjawab soalan patut atau tidak bercouple, hal itu patut dilihat kepada tujuan yang diinginkan daripada bercouple tersebut.
 
Apa tujuan yang ingin dicapai daripada couple “islamik” anda?
-    Sekadar melayan rasa gatal dalam diri?
-    Sekadar mengisi kesunyian diri?
-    Atau sememangnya mahu mendirikan rumah tangga?
 
Kalau tujuan anda memang untuk mendirikan rumah tangga, apa sebenarnya tindakan yang paling baik bagi menjayakan tujuan mulia anda tersebut?
 
Apakah dengan berdating maka tujuan anda untuk mendirikan rumah tangga dengannya akan tercapai???
 
Apakah dengan bermesej-mesej setiap hari dengannya maka rumah tangga anda akan berjaya didirikan???
 
Tentunya tujuan anda akan tercapai apabila anda membuat persediaan yang sepatutnya berupa:
1) Persediaan spiritual  (akhlak): 
Kalau perangai pun tak tentu hala, esok nak jumpa mertua macam mana? Nak mengharungi dunia rumah tangga yang memerlukan kesabaran macam mana?
2) Persediaan mental (ilmu): 
Kalau ilmu agama untuk diri sendiri pun jahil, air mazi dengan air wadi pun tak reti beza, esok kalau isteri tanya pasal haid dan nifas, nak jawab apa?
3) Persediaan fizikal (harta): 
Kalau minyak motor pun bapa yang bagi, pakaian dalam pun mak ayah belikan, macam mana nak tanggung anak isteri?
 
Itulah antara persediaan yang perlu difikir untuk berumah tangga, kalau betul anda serius menjalinkan hubungan untuk berumah tangga. Persediaan itu yang perlu difikir, bukannya sibuk berfikir nak berdating dan bercouple dengan dia.
 
Cuba bersikap kritis terhadap diri sendiri. Apa perlunya anda keluar berdating walaupun dengan kehadiran orang ketiga? Sekadar melayan rasa gedik dan rasa ke’monyetan’ dalam diri? Duit pun habis, masa pun habis.
 
“Kami dating untuk berkenalan sesama kami, dan mencari keserasian, barulah kami fikir nak dirikan rumah tangga” jawab mereka.
 
Ooo tiap-tiap hari dok berdating tu untuk kenal-mengenal lah ya? Dah lima tahun berdating tak kenal-kenal lagi ya? Bilakah agaknya sesi kenal mengenal tu akan tamat? 10 tahun lagi???
 
Cuba juga bersikap kritis terhadap diri sendiri. Apa perlunya bermesej-mesej setiap hari dan waktu dengan pasangan anda? Sekadar untuk melayan rasa hati yang lara?
 
Semua tahu bagaimana kemaruknya sesetengah orang yang bercinta bermesej.  Ada paling kurang tiga kali sehari. Dah macam makan dah. Lagi teruk kalau jenis bermesej sebelum dan selepas makan. Dah macam makan ubat dah.  (Maklumlah sedang sakit dalam hati…hehe)
 
“Kalau saya tak mesej dia tanya khabar tiap-tiap hari nanti dia merajuk, dia ingat saya tak sayang kat dia lagi. Susahlah nanti kalau dia cari yang lain” jawab seorang remaja.
 
Biarkanlah dia merajuk dan biarkanlah dia cari yang lain. Bayangkan, setelah anda berkahwin kelak, dan anda terpaksa bekerja out station, adakah dia juga akan merajuk dan cari yang lain???
 
Hakikatnya semua itu hanyalah bisikan-bisikan syaitan dalam diri untuk menakut-nakutkan. Bak firman Allah dalam Al-Qur’an:

إِنَّمَا ذَلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِين

Maksudnya: “Sesungguhnya itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan pengikutnya, maka janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaku andainya kamu benar-benar beriman”. Surah Ali Imran, ayat ke-175.
 
Orang yang bercouple ni saya tengok mudah sangat berfikir macam-macam, dibuai perasaan yang bukan-bukan yang datang daripada syaitan. Mesti nak bermesej tiap-tiap hari, kalau tak mesej sikit mulalah fikir macam-macam.
 
 “Kenapa dia tak mesej aku hari ni? Dia dah tak sayang kat aku ke?, Dia dah ada orang lain ke?…bla bla bla”. Akhirnya berjaya juga syaitan meniup perasaan takut dalam diri membuatkan hati gundah tak tentu hala.
 
Tak dinafikan, cinta itu memang sesuatu yang indah, namun cinta yang indah itulah yang boleh buat kita gundah, membuat hati berdarah dan membawa kesalan yang tak sudah andai gagal diuruskan dengan baik.
 
Cuba fikirkan kembali hakikat sebuah kehidupan dan tujuan kepada sebuah ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.
 
Anda di dunia ini ibarat dalam sebuah perjalanan ke sebuah destinasi bernama akhirat. Anda perlu mempersiapkan bekalan untuk membolehkan anda selamat sampai di sana. Bekalan yang dicari itu boleh disiapkan sepanjang perjalanan.
 
Setelah lama berjalan secara berseorangan, sampai suatu ketika dalam perjalanan tersebut, anda merasa letih berseorangan dan memerlukan seorang teman yang dapat menemani anda dalam perjalanan tersebut.
 
Untuk itu, anda perlu mencari teman yang sesuai yang dapat membantu menguatkan langkah anda meneruskan perjalanan dan bukannya seorang teman yang menjadi beban yang memberatkan langkah anda dalam perjalanan.
 
Persoalannya, apakah couple “islamik” anda akan dapat membantu anda dalam perjalanan atau hanya melambatkan perjalanan anda ke destinasi? Tepuk dada tanya diri sendiri.
 
Sekian, wassalam.

Ahmad Fathi Muhammad
Selasa, 14 Jumada Thaniyah 1432 bersamaan 17 Mei 2011
Rabat, Maghribi.

fathifawwaz@yahoo.com

♥ JiKa CinTa BuKaN JoDoHmu ♥



Hal yang paling menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta, kemudian pada akhirnya kamu menyadari bahwa dia bukanlah jodohmu...
ntuk Mendapatkan Cinta Itu Memerlukan Proses Yang Sangat Panjang Bukan Proses Yang Singkat…

Tapi alangkah sayangnya,,, cinta itu bukanlah rasa ingin memiliki... Jadi, jika kamu mencintai seseorang dan ingin memilikinya, ingin menikah dengannya, maka bersiap-siaplah untuk kehilangan dirinya...

Cinta itu tidak harus memiliki, kerana cinta adalah rasa memiliki meskipun jasad itu di satukan, namun cinta masih belum merasa disatukan oleh bersatunya jasad...

Cinta itu rasa memiliki, bukan rasa ingin memiliki, sangat sedikit pengertian ini, hanya orang yang mengerti cinta lah yang akan boleh memahaminya...

Semoga bagi orang-orang yang terluka oleh cinta...
Boleh mengikhlaskan cinta...
Kerana cinta bukan sekedar untuk bersama,,,
Kerana cinta bukna sekedar untuk memiliki.,,
Kerana pernikahan bukanlah tujuan cinta...
Tjuan cinta hanya satu yaitu ketenangan dan kedamaian,,,

Sayangnya, banyak yang mencintai kerana kelebihan...
Banyak yang malu menerima kekurangan seseorang...
Bersiap-sipalah engkau hancur dan kecewa kerana mencintai seseorang kerana merasa dia adalah seseorang yang hebat dan sempurna...

Namun selamat berbahagia bagimu wahai insan yang berasa pasanganmu adalah insan yang penuh dengan kekurangan dan engkau bersemangat untuk membuatnya sempurna kerana cinta...

Bagimu, usahlah engkau memaksakan cinta untuk bersama...
Bagimu, usahlah sedih kerana cinta tak berjodoh...
Pastinya cinta itu berjodoh...
Jika cintamu bukan jodohmu... Demi Allah Muhammad Rasulullah bererti itu bukanlah cinta... Ada cinta yang lebih indah jika engkau boleh memahami cinta...

Semoga kesejahteraan bagi para insan yang patah hati kerana cinta...

KeNDuRi ArWaH aToK aYaH & MaK ToK

Tengok tajuk pon da thu kan saya nak story mory sal pe…heheehehe…nie event family sebenar nyer…family sebelah ayah saya…kami sekuarga wat kenduri arwah Atok Ayah n Mak Tok hari ahad lepas, 26/06/2011…

Alhamdulillah, majlis berjalan ngan lancar…n kehadiran ahli keluarga pon sangat la memuaskan hati…ada yang study n keje yang xdapat datang..tapi xpela sebab ada wakil dari ahli keluarga yang laen…

Saya n ayah balek kampong sabtu petang…saya keluarga yang ke 4 sampai umah atok…xlama tue ag 4 buah keluarga pon samapai..total semu nyer 8 family…besar kan family belah ayah saya… huhuhu

Aktiviti dimulakan selepas solat maghrib…sume MAK2 DARA & ANAK2 nyer berkumpul la kart dapur…yang kecik2 sume da xdapat dikawal sebab da jumpe geng masing2…sengat la meriah plus riuh rendah jadi nyer yer…tapi best suasana cam tue…da lama kot xberkumpul2 ramai kart umah atok…saya, adek2 spupu n mak cik2 saya kupas la bawan2, kentang, n sediakan bahan2 untuk masak pagi ahad tue…bile bahan da setle kitorang terus sambung keje wat kueh karipap (my favourite Kueh)…saya sempat gak belajar resepi karipap Mak Tam saya…tolong uli tepung, n tolong kelim karipap…ape tue kelim karipap???haaa, nie pon benda baru yang saya belajar wat k, sebenar nyer kelim nie tolong wat ropol2 yang kart teri karipap tue…ada yang hodoh ada yang nice k saya kelim…dak baru belajar katekan…hehehehe..tapi malu gak sebab adek sepupu wat kemas jer kelim karipap tue…lalalala (wat muka slamber jelakan)

Aktiviti malam tue juat siapkan kueh karipap…keje disambung pas sarapan pagi…aktiviti memasak…masa nie la wat ssume keje…blender bawang, serai, halia n sewaktu dengan nyer k…senang kata saya n yang laen sediakan bahan2 masakan tok ikan bawal sweet sour, ayam goring berempah, daging kicap, rojak n labu plus pucuk manis if xsilap masak lemak…n majlis nie diwat pas zohor…hebat x Mak Ngah saya masak nie sume n setelekan b4 zohor…tapi sume nyer siap pada waktu nyer…Mak Sue saya wat koktel…Mak Uda bawak kek coklat…ada gak kuih kek pisang n keropok lekor pkus buah tembikai ea..so, memang macam2 makanan ada k…nie aktiviti mengembangkan badan…huhuhu…xpe2 pas nie diet la sape2 yang da makin chubby cam saya…lalalala

Sowie, xde gambar la yang saya amek..adek spupu jer ada amek gambar…fon saya dari hari sabtu sampai habis majlis ada kart atas para jer…xjenguk fon pon…cam terlupa jap apa tue HANDFONE…hahahahahaha…sebab nyer da jumpe spupu n anak2 sedara saya…




p/s : sowie xde gambar...sebab fon xdi sisi...lalalala =)

BerGuMBiRa...

Assalamualaikum...hehehehe....sebab tajuk entry pon da meriah...tue yang nak gelak jer...ehhh, syilap lak...senyum jer... =)


Nie cite sal 5 owang ex-student habab yang nakal...kitorang p berjimba2 mase 25/06/2011 hari tue...Destinasi kitorang kart Jusco Tebrau jer...dekat ngan umah kitorang...tapi dekat xdekat sangat la kan...hehehehe...Sape 5 owang tue???


Haaa......semesti nyer Hannes Oshin (saya la tue), Huda TaibZieha OthmanZatie Rahman n Chepz @ Shabila....


Zieha Othman, Zatie Rahman, Huda Taib, Chepz @ Shabila n NessaQ NasiR


Saya kuar dari rumah kul 7.30 pagi sebab nak tunggu bas p bandar..jumpa huda n yang laen kart bandar je sepatut nyer..huda sampai dalam kul 9.50 pagi n kami tunggu zieha dekat Plaza Kota Tinggi samapai la kul 10.25 pagi cam tue...then trus jer gerak ke Jusco...p 2 buah kereta kancil...huda n chepz jadi driver yang bertauliah yer...sebab dua2 menunjukkan bakat masing2 tok memandu n ala2 nak drift pon ada gak la kan...senang kate, sangat HEBAT mereka memandu...hahahahaha...sape yang jadi penumpang memahami maksud saya nehh...lalalalala... =)


Plan kitorang nak tengok wayang...so ape ag...sampai jer trus servey tiket...tengok citer 3 2 1 Cinta...tiket kitorang kul 11.25 pagi..so tengok la wayang ngan perut yang lapa (tue saya je kot yang rasa....hahahaha)...cite nie ok la kot, nak kate best, xla best sangat..nak kate xbest, boleh la kan... :-p




Hidangan makan tengah hari (makan petang sebab da kul 1 lebih) saya sangat sedap okey...hehehe..makan western saya cakap kart awak...sedap....chicken chop Jusco...sedap ker x...da xkisah asalkan dapat mengisi perut yang bernyanyi2 masa tue...plus ngan air bali suam (air kegemaran saya sebab da muak gak asyik minum air honey dew jer)...


Chicken Chop..JUSCO


Da puas mamam...nak p karaoke..zatie kate 3 jam..haaa??? 3 jam...saya da terpikir yang ayah nak amek saya kul 5 petang sebab nak balek kampong...ada kenduri arwah Atok Ayah n Mak Tok...huda pon cakap kart dowang yang saya kene balek awal...so, dapat karaoke sejam pon ok la...p la Taman Molek nak p karaoke...bukan maen jauh ag kan kitorang nak p nyanyi...hahahaha...tapi saya xpandai n xpernah karaoke pon sebenar nyer...saya ikut jer...sumbangkan telinga jela nanti...hehehehehe...tapi masa samapai tue...bilik sume penuh...kene tunggu dalam 30 minit....ok jer sebab nak p mam aiskrim dlu kart TUTTI FRUITTI...sedap kot...pekena aiskrim tengah2 panas hari... =)


SEDAP WEHHH...


RM24 aiskrim nehh..huhuhu


Malang sangat sebab da lama sangat tunggu tapi bilik still penuh...so, kitorang decided xpayah la..mungkin laen kali sebab nak cepat...sampai jer Kota Tinggi semula...singgah kart Pasaraya Kini sebab zatie nak beli barang...saya pon beli gak barang cket sementara tunggu ayah sampai...tibe2 ayah tepon...dier da sampai..agak mengelepar gak sebab ayah asyik tepon bile nak sampai kart tempat yang dier tunggu tue...huhuhuhu...so, saya n kawan2 pon berpisah la pas antar saya kart tempat ayah saya tunggu....sedih kot...bukan selalu dapat jumpa...sob sob sob...saya trus jela balek kampong...huhuhu


TQVM pada Huda Taib tok gambar2 yer... =)


p/s : pada kawan2 yang xdapat datang...jumpa laen kali k if ada rezeki n masa...huhuhu...windu ngan zaman masa sekolah menengah!!!! tapi xpela...syukur sebab dapat jumpa gak mana2 kawan yang sempat jumpa uhh...hehehehe