MuTiaRa iNsYiRaH

MuTiaRa iNsYiRaH

11 February 2011

♥ FaMiLy BeSaR K.H.A.J ♥

Buku Salasilah Family KHAJ

Assalamualaikum...HIMPUNAN KASIH KELUARGA BESAR KIAYI HAJI ABDUL JABBAR (KHAJ)....Pada 4 & 5 Februari 2011 bersamaan 1 & 2 Rabiul Awal 1432H yang lepas family saya telah mengadakan family day secara besar-besaran...Semua yang berketurunan Kiayi Haji Abdul Jabbar dijemput hadir...

BaNneR FaMiLy


Welcome to Family Abdullah@Talib

 Nie Gambar Kiayi Hj Abdul Jabbar, Arwah Atok n Arwah Mak Tok

INI MAKLUMAT UMUM BERKAITAN DENGAN HARI KELUARGA NIE :

1.  ATUR CARA MAJLIS


4 Februari 2011
5 Februari 2011
3.00 pm - Pendaftaran
                 - Kerja menyiapkan
                    Gerai Keluarga
                 - Majlis Ramah Mesra
                   Keluarga
4.00 am  - Qiamulail dan Solat
                    Hajat Keluarga di
                    Masjid KHAJ
6.00 pm - Makan Malam
5.50 am  -   Solat Subuh dan
                     Kuliah Subuh  
                     (Ustaz Suhaimi)
7.00 pm - Solat Maghrib
                 - Bacaan Yassin
                   dan Tahlil
8.30 am  -  Semua ahli keluarga
                     Berhimpun di
                     Masjid KHAJ
8.30 pm - Solat Isya’
10.00 am - Ucapan Pengerusi
                  - Pengkisahan Keluarga
                     HAji Abdul Jabbar
                  - Ucapan dan amanat
                     khas oleh Tuan
                     Hj. Fadzil bin Hj.
                     Abdul Jabbar
                  -  Penubuhan Koperasi
                     KHAJ
                   - Sesi Bergambar
9.00 pm -  Persembahan
                    Multimedia
                    Pengenalan Keluarga
10.00 am - Pertandingan
                     kreativiti kanak2
                      (Bawah 12 tahun)
10.30 pm - Kudapan Malam
12.00 pm - Jamuan Makan
                     Tengah Hari
                     ( Nasi Baryani)
                   - Solat Zohor dan
                     Bersurai



2.  SUMBANGAN IKHLAS
Semua keluarga besar ( 13 Keluarga Besar) dipohon untuk menyumbangkan derma ikhlas sebanyak RM 500.00 bagi pembiayaan perbelanjaan majlis ini. Pihak jawatankuasa juga mengalu-alukan sumbangan derma ikhlas dari semua pihak sama ada berupa wang atau barang2 makanan/minuman seperti gula, beras, susu, ayam bersih, minyak masak dan sebagainya. Sila hubungi wakil keluarga masing2 untuk makluman tersebut.

3.  PENGINAPAN
Pihak urusetia/jawatankuasa tidak dapat menyediakan penginapan untuk keluarga dan tetamu. Pihak keluarga diminta menguruskan sendiri penginapan pada malam Sabtu tersebut, sama ada menginap di rumah saudara-mara di sekitar RIMBA TERJUN atau di hotel yang berhampiran.

4.  MAKAN MINUM
Oleh kerana beberapa kekangan dan masalah, pihak urusetia hanya dapat menyediakan makan minum tersebut pada sepanjang majlis Hari Keluarga ini :

            04/02/2011 : Makan Malam (Mulai jam 6.00 petang)
                                     Kudapan Malam (Sup dan Roti / Nasi Empet)

            05/02/2011 : Minuman Panas dan Sejuk
                                     (Kuih-muih dari Gerai Keluarga)
                                     Jamuan Makan Tengah Hari (Jamuan Nasi Baryani)

(Harap maklum, pihak urusetia tidak dapat menyediakan makan tengah hari pada 04/02/2011bdan sarapan pagi pada 05/02/2011)

NASI BARYANI yang dimasak Keluarga WASILAH


5.  GERAI KELUARGA
Setiap sebuah keluarga utama (contoh : Keluarga Hj. Fadzil/Hjh. Halimah) akan disediakan satu petak gerai keluarga (berukuran  10 kaki x 10 kaki persegi) dan setiap keluarga adalah diminta mengemas/menghias gerai masing2 mulai petang Jumaat 04/02/2011. Sila bawa peralatan masing2 seperti kertas, paku tekan, dawai dsd. Pihak urusetia hanya dapat menyediakan 3 buah meja (3kaki x 3 Kaki persegi) dan 10 buah kerusi.

Di antara cadangan pengisian gerai keluarga ialah :
-         Carta / Salasilah Keluarga
-         Gambar2 Keluarga
-         Album setiap Keluarga
-         Bahan / Artifak Keluarga

Setiap sebuah keluarga juga diminta sudilah apa kiranya menyediakan sedikit juadah seperti kiuh-muih atau makanan ringan untuk hidangan para pengunjung ahli keluarga di gerai masing2 pada pagi Sabtu jam 10.00 pagi 05/02/2011 (contohnya : Kaluarga Wasilah?Yasir akan menyediakan kuih “GANDUS” dengan sambal tumis/gula melaka)
Setiap sebuah keluarga juga dipohonkan menyediakan paket “JAJAn” atau “DOOR GIFT” untuk cenderamata kepada kanak2.

Menghias gerai keluarga...

GERAI FAMILY ABDULLAH@TALIB


6.  PERSEMBAHAN MULTIMEDIA/POWER POINT
Tujuan pengenalan dan silaturahim keluarga, setiap keluarga dicadangkan agar menyediakan persembahan multimedia berhubung dengan keluarga masing2 yang akan dipersembahkan pada Jumaat malam Sabtu (selepas Solat Isya’)

7.  HAL LAIN2
Sila fotostat surat dan lampiran ini untuk dipanjangkan dan jemputan kepada semua ahli keluarga.



Nie Masjid di Kampung ayah...di Rimba Terjun


Nie carta salasilah family 

My Family 

 Panjang kan carta nie...

 Family Abdullah@Talib


Nie maklumat yang semua keluarga kena la tahu dan amek tahu..hehehehehe..da tahu kan majlis nie cam ne..pas nie nak cerita sal keunikan keluarga KHAJ lak...tapi sebelum tue nak bagi tahu...malas nak wat surat jemputan..xpela semua tahu kan format surat jemputan camne so xperlu la ea surat jemputan tue...penat da nak taip...hehehehehe... =)

Series memang meriah la majlis nie sebab semua ada gerai masing2 n bleh mengunjungi gerai keluarga yang lain disamping berkenalan ngan sedara-mara yang lain kan...waktu nie la kiter nak kenal ngan darah daging sendiri...da macam karnival pon ada gak..hahahahaha


 Nie gambar dari family Wasilah...ngah wat kuih GANDUS



PERTANDINGAN KREATIVITI KANAK2

PENGKISAHAN BUDAYA KELUARGA KIYAI HAJI ABDUL JABBAR BERKAITAN HANTARAN BOTOK2 DAN NASI GOLONG DENGAN BAKUL CETING...

Oleh : HAJI ABDUL SALAM BIN HAJI AHMAD SHAH (G2)

Pengkesahan urutan Sejarah :

1)  Mengikut cerita yang di kisahkan daripada arwah bapak saya Haji Ahmad Shah da juga daripada arwah ibu saya Hajah Khadijah dan juga di perkukuhkan oleh abang saya arwah Haji Abdul Mokti, bahawa kita semua ini adalah keturunan daripada orang hebat2 belaka. Mereka terdiri daripada pahlawan2 besar dan juga ahli2 sufi yang ternama. Kebanyakan mereka memang ahli sufi ternama, pendakwah hebat, dan juga pahlawan yang handal.


2)  Tempat : Di Tanah Jawa.
Kita semua daripada Tanah Jawa. Kita anak Jawa. Pada zaman Belanda, sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan, di mana orang2 Jawa sudah mula berani mengangkat senjata menentang habis-habisan tentera Belanda dengan semangat untuk membebaskan Indonesia daripada penjajah, penindasan dan penaklukan tanah air mereka, Indonesia. Telah muncul di kalangan ulama’2 sufi unggul di pulau Jawa mengetuai pahlawan2 watan melawan, menyerang, berperang dengan Belanda. Salah seorang daripada ulama’2 sufiyang menjadi ketua , atau general dalam bahasa moden sekarang adalah datuk moyang kita yang bernama “AL-FATRUNA”. (Al Fatruna adalah berketurunan ARAB).

3)  Dalam satu pertempuran dengan askar2 Belanda, kumpulan berkuda yang dia mengepalai tidak ramai tetapi yang berjalan kaki pula ramai. Pada ketika itu, pahlawan2 peribumi anak2 watan yang berjalan kaki yang hanya bersenjatakan panah, parang panjang, tombak, keris dan lain2 senjata traditional yang mereka dapat adakan telah menunjukkkan tanda2 hendak kalah. Mereka kene mengundur dahulu untuk berkumpul semula dan menyusun strategi baru untuk menyerang kembali. Kalau tidak mereka berbuat demikian, mungkin lebih ramai lagi akan mati dan mereka akan kalah teruk. Al Fatruna telah mengarahkan pejuang2nya berundur. Mereka menyeberang satu jambatan kayu merentasi sungai yang agak lebar juga dimana kuda2 mereka tidak boleh melompatnya sekiranya tidak ada jambatan. Sedang pahlawan2 berjalan kakinya  menyeberang dengan berlari laju, Al Fatruna ternampak jambatan kayu itu hendak patah dua di bahagian tengah. Dia terjun daripada kudanya dan terjun ke dalam sungai dan menahan jambatan itu sehingga semua pahlawan2nya selamat menyeberang jambatan itu. Askar2 Belanda yang mengejar telah terhenti di tebing sungai sebelah sana tidak dan dapat menyeberang sungai itu kerana jambatan itu sudah roboh. Pahlawan2 peribumi sudah selamat pergi jauh daripada tebing sungai itu kerana askar2 Belanda lengkap dengan bersenjata api seperti senapang dan sebagainya boleh menembak mereka kiranya mereka dekat. Askar2 Belanda menunggu di tebing sungai itu buat beberapa ketika sehingga mereka pun balik ke markas. Bagi pahlawan2 peribumi, mereka telah balik ke tempat mereka dan menyangka bahawa Al Fatruna telah mati di timpa jambatan ke dalam sungai. Lagi pun mereka takut hendak ke sungai kerana ada askar Belanda.

4)  Beberapa minggu sesudah kejadian itu, seorang perempuan penjual makanan tempatan telah sampai ke tempat itu. Dia hendak menyeberang tetapi  tidak boleh melintas kerana jambatan sudah roboh. Dia pun duduk di tebing sungai itu buat seketika untuk berehat. Dia letakkan gendongannya ke tanah, sebuah bakul ceting yang di dalamnya terdapat beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, sebilah keris ( ada yang mengatakan pisau panjang) sebagai senjatanya untuk mempertahankan dirinya daripada diganggu oleh orang2 jahat (dan pisau itu juga boleh digunakan untuk memotong sesuatu). Sambil ia duduk mengesat peluhnya dengan kain selendang pelanginya ( kain ini dugunakan untuk mengendong bakul ceting tadi), pandangannya terhala ke dalam sungai yang berlumpur itu. Macam tidak percaya, dia melihat jari tangan terkeluar daripada permukaan air. Mungkin pada ketika itu air kering sedikit. Dia bergegas turun ke bawah dan dengan begitu susahnya telah dapat mengeluarkan Al Fatruna daripada terbenam dalam sungai buat beberapa minggu lamanya. Dia membersihkan muka Al Fatruna dan mendapati Al Fatruna masih bernyawa, bernafas, masih hidup. Al Fatruna sedar kembali. Perempuan itu telah merawatnya dengan memberi dia makan nasi golong yang berlaukkan botok2.

5)  Al Fatruna kembali sihat dan segar. Dia bersumpah, kiranya anak2 perempuannya dari keturunan lelakinya apabila anak2 perempuannya akan dikahwinkan, maka hantaran pihak lelaki selain barang2 yang lain mestilah disertai dengan bakul ceting yang di gendong dengan kain pelangi yang mana di dalam bakul ceting itu ada beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, satu senjata, seperti keris , pisau, dan sebagainya.

6) INGATAN : Coretan di atas adalah sekadar cerita orang tua2 sahaja. Ia bukan syariat islam. Sesiapa di kalangan anak cucu lelaki keturunan Al Fatruna, termasuk Kiyai Haji Abdul Jabbar dan juga Kiyai Haji Ahmad Shah yang rasa seronok meneruskan tradisi keluarga yang unik ini, sila teruskan. Sesiapa yang tidak mahu meneruskan tradisi ini, itu adalah pilihan mereka sendiri.

7)  Sekian. Wassalam.



 [01/02/2011 bersamaan 27 safar 1432 H (Selasa Keliwon)]


Wokeh...da siap da salah satu hal yang diperbincangkan semasa majlis Hari Keluarga KHAJ nie...pada saya tradisi  nie unik sangat..n my cousin ada yang da wat pon...n kalo nak tahu BOTOK2 tue sedap yer!!!!!! Hehehehehe...

Nie la name nyer BAKUL CETING


Nie KAIN PELANGI



BOTOK2...ulam-ulaman + ikan + sambal special


NASI GOLONG

CARA MENGGENDONG BAKUL CETING

Nie salah satu pasangan family KHAJ



Nie laman web yang bleh dilayari sekiranya nak tengok lebih jelas tentang FAMILY K.H.A.J nie..hahahaha... di FB bleh search “Kiayi Haji Abdul Jabar”...ahli keluarga yang laen bleh la join group KHAJ ea.. =)



p/s : Gambar2 laen akan diupload di FACEBOOK...huhuhu...sepanjang majlis nie saya xla sehat sangat tapi sangat gembira yer (bukan selalu bleh ada axtiviti cam nie kan)...LaLaLa

4 comments:

  1. salam saya cucu Nyai Ramlah.. mintak kebenaran amik kesah botok2 diatas untuk blog saya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, ade x biografi Tuan Guru Kiyai Abdul Jabbar?

    ReplyDelete