MuTiaRa iNsYiRaH

MuTiaRa iNsYiRaH

05 March 2011

... Doa Seorang Isteri ...

Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy..Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tangan ku di titian Mu.. Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu..Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untuk ku di Dunia Mu..Peliharalah tingkah laku ku serta kata kata ku dari menyakitkan perasaannya.. Sekiranya suami ku ini jodoh yang di rahmati oleh Mu..Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya...

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini di takdirkan bukan untuk diri ku seorang..Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaan Mu..Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya..Sekiranya suami ku menyintai kesesatan..Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena...

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untuk ku..Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuran ku.. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab ku sebagai isteri..Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu..Sekiranya aku engkar dan derhaka..Berilah aku petunjukkan kearah rahmat Mu...

Ya Allah
Sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjuk Mu..Aku buta tanpa bimbingan Mu..Aku cacat

tanpa hidayah Mu..Aku hina tanpa Rahmat Mu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku..Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu..Jadikanlah aku isteri yang di senangi suami..Bukakanlah hati ku untuk menghayati agama Mu..Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah..Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan..Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu..Kerana aku sedar hinanya aku..Kerana aku insan lemah yg kerap keliru..Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu..Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu..Kerana pendek akal ku mengharugi ujian Mu...

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang di Rahmati...
Isteri yang di kasihi...
Isteri yang solehah...
Isteri yang sentiasa di hati...
InsyaAllah..
... Amin Ya Rabbi Allamin ...




No comments:

Post a Comment