Assalamualaikum....21/03/2011 (Isnin) pada pukul 8.30 malam telah berlangsung satu aktiviti anjuran JAWATANKUASA PENGGERAK MAHASISWA (JPM) bertajuk TALKSHOW ADA APA DENGAN CINTA oleh USTAZ PAHROL MOHD JUOI...Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan dengan lancar...Terima kasih kepada YDP JPM, saudara Abdul Qayyum Yaakob kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi ketua projek bagi program ini...dan terima kasih juga kepada semua AJK yang bertungkus lumus membantu bagi menjayakan aktiviti ini yer...tak terkecuali, terima kasih yang xterhingga kepada saudari Hazilah Uzir kerana banyak memberi panduan dan pertolongan dalam pengurusan di UiTM Bandaraya Melaka (KBM)...huhuhu
Ini event yang pertama semenjak saya menyambung pelajaran di KBM...walaupon rasa sangat takut pada mula nyer tapi alhamdulillah dapat atasi dengan tenang hasil bantuan kawan2 yang berada disekeliling...TQVM yer sume...bantuan korang memang sangat dihargai, xkiralah bantuan dari segi pape pon...huhuhuhu...tanpa korang, majlis nie xkan terlaksana n saya pon xkan dapat peluang n pengalaman baru kart KBM nie.. =)
Wokeh2..skunk nie nak tulis apa yang saya dapat dari talkshow nie yer..tapi yang sebenar nyer saya xdapat nak dengar seluruh ceramah nie..hanya sebahagian sahaja sebab melaksanakan tanggungjawab yang ada...xpela, yang penting, ada gak ilmu baru yang saya dapat...nie yang saya sempat catat semasa USTAZ PAHROL memberi ceramah malam tadi...
v Pendidikan manusia bermula apabila seorang lelaki yang memilih seorang perempuan untuk menjadi isteri atau seorang ibu kepada anaknya.
v SAYANG tidak sehebat CINTA sebab CINTA itu lagi mendalam maksudnya berbanding dengan SAYANG.
v CINTA bermaksud TANGGUNGJAWAB. So,apabila seorang lelaki melafazkan perkataan cinta kepada seorang perempuan itu dah bermaksud yang dia ingin bertanggungjawab terhadap perempuan tersebut.
v Sesiapa yang mudah jatuh cinta maksudnya dia mempunyai masalah iaitu tidak mengenal diri sendiri.
v ALLAH itu bersifat Al-Wahab yang bermaksud memberi. Sebab tue ALLAH memberi rasa CINTA pada makhluknya tapi jangan disalah ertikan rasa CINTA yang dah diberikan.
v Kejayaan seorang lelaki kebiasaannya ada seorang wanita dibelakangnya sama ada ISTERI atau IBUNYA.
v Bagi seorang lelaki, CINTALAH pada ibunya lebih dari ISTERINYA. DOALAH untuk IBU BAPA kita sekiranya betul manyayangi mereka.
v Bagi seorang wanita, CINTA pada suaminya dengan TAAT kepadanya. TAAT juga kepada IBUNYA.
v CINTA :
· Pandangan BIASA – Remaja
· Pandangan AKAL – Psikologi
· Pandangan NAFSU – Seks
· Pandangan HATI – Hadia
v JANGAN BERTASBIH kepada CINTA tapi CINTA kita dengan BERTASBIH KEPADA ALLAH.
v CINTA ITU FITRAH
· Tidak payah diajar (BUILT IN – INSTALL)
· Tidak dapat dihapuskan atau dielak
· Sangat penting demi ketenangan dan kebahagiaan hati
·
|
v TUJUAN CINTA
· Sebelum kita tanya apa tujuan CINTA itu, tanyalah dahulu apa tujuan kita DIHIDUPKAN.
ü HAMBA ALLAH
ü KHALIFAH DIMUKA BUMI
ü PEMAKMUR DUNIA
v KENAPA HATI KITA RESAH??? = SUDAH BANYAK BERBUAT DOSA
v IBADAH
Ta’abbudi | ASAS | - Yang UTAMA dan PERTAMA - Rukun IMAN dan Rukun ISLAM - Belajar, Faham, Yakin, Amal |
Taqarrubi | SUNAT | - CINTA dan KASIH SAYANG - Solat sunat + puasa sunat + umrah - Zikir + wirid |
Amal Soleh | UMUM | - Profesyen -Karier -Aktiviti |
v MENGAPA CINTA DIPERLUKAN
· Sebagai perlaksanaan IBADAH yang saling bantu-membantu (co-existence) iaitu kewujudan bersama antara LELAKI dan WANITA.
· PERATURAN BERCINTA
ü Tiada Pergaulan bebas
ü Tiada dedah aurat
ü Tiada berdua-duaan
· PERATURAN CINTA
ü Dasarnya CINTA ALLAH – Mencapai misi & visi hidup
ü Tidak mengatasi CINTA ALLAH - Dahulukan cinta, Sanggup berkorban, Tidak ketepikan ALLAH.
· ANGGAPLAH IANYA KAWALAN BUKAN SEBAGAI SEKATAN
· DAHULUKAN CITA-CITA BERBANDING CINTA KERANA ITU
· ADALAH TUJUAN KITA HIDUP. CINTAILAH CITA-CITA ANDA.
· BIARLAH KITA BERCINTA BERKALI-KALI SEMASA BERKAHWIN
· KENAPA PERLU KAWALAN???
ü Selamatkan CINTA dari DIKOTORI
ü Selamatkan ORANG YANG BERCINTA dari FRUST
ü Selamatkan MASYARAKAT dari GEJALA SOSIAL, DADAH dll.
v SIAPAKAH REMAJA???
· TRANSISI dari kanak-kanak kepada dewasa
· Tidak stabil emosi, jiwa dan fikiran
· Dinamik dan energetic, suka mencuba, bertenaga
v CINTA REMAJA
· Tidak stabil – IMAN
· Anergetik – Peraturan (Syariat)
· Sekiranya sudah stabil IMAN dan mengikut SYARIAT barulah mampu memikul tanggungjawab (CINTA)
· Budaya couple VS Islamic couple
ü Ramai yang menggalakakn sepatutnya dikawal
· Nikah dalam tempoh pengajian
ü Tidak digalakkan kerana CITA-CITA lagi utama
· Bagaimana melahirkan rasa cinta yang suci?
ü CINTA PADA ALLAH YANG UTAMA
ü CINTA PADA MANUSIA DENGAN PERNIKAHAN
· Cinta dan Cita-cita = CINTAILAH CITA-CITA
· Cinta bukan memilih – HAK VS PERANAN
v v FORMULA CINTA
· R + R – R = R
ü Rule + Regulation – Relationship = Rebellion
p/s : Ribuan terima kasih kepada USTAZ PAHROL MOHD JUOI kerana sudi datang ke program ini. INSYA ALLAH APA YANG DIDENGAR AKAN DIJADIKAN SEBAGAI PANDUAN DIMASA AKAN DATANG... HOPE KAWAN2 YANG LAEN PON DAPAT MANFAATKAN ILMU YANG BARU DIPEROLEH DENGAN SEBAEKNYER... =)
No comments:
Post a Comment